Wednesday, 16 April 2014

MISTERI: BILA KERETA ANDA DILANGGAR DARI BELAKANG PART 2

Assalamualaikum kawan2..

Okey..ini ialah kisah sambungan daripada part 1 yang korang boleh baca di sini.

Puas jugaklah si callman tu pujuk mamat yang langgar kereta aku tu, kiranya aku dengan mamat callman tu bergabung tenagalah untuk suruh dia buat report polis supaya kereta aku tu bolehlah dipulihkan jadi macam asal dan callman tu ngan bengkel dia masyukkk la. Tak sampai setengah jam..ramai pulak callman yang datang..berduyun2 habaq hang...pulak dah..kang ade pulak yang berebut nak tarik kereta aku ni kang..nasib baiklah takde adengan tarik menarik rambut kete pagi tu.. Kalau ada, lagi bertambah pening aku ni. Aku tengok dorang releks n cool jelah..mungkin dorang kenal satu dengan yang lain agaknya.

 Bila basuh punya basuh, brainwash punya brainwash, tiba-tiba mamat callman tu bagitau aku, 'mamat ni mabuk ni bang' lah..iyeke..patutla bila dia cakap mulut dia ade bau..mungkin bau arak tu..patut la dia beria-ria taknak repot polis..rupenye pasal takut kantoi pulak dengan polis pasal memandu dalam keadaan pengaruh alkohol. Hah...makin menyirap la aku tengok mamat ni..memang dah kecik mcm semut dah aku tengok..tinggal nak tepuk je..time tu aku dok pikir..ini kalau aku repot polis kata dia mabuk ni, masak dia nih..geram pulak aku..dah la menyusahkan aku..peginya dia langgar 'anak dara' aku tu..abiss jatuh saham.

Time tu aku pon dok sembang dengan mamat callman tu and member aku, hujan pon dah mula berhenti sikit..tapi sakit hati aku ni tak berhenti macam hujan tu, elok jugalah hujan berhenti, takdelah mambang mabuk minum todi yg langgar kereta aku ni dok nak kongsi payung dengan aku. Bincang punya bincang, callman tu bagitau aku, kalau nak suruh mamat tu report polis time tu jugak, memang kantoilah..insurans takkan bagi claim sebab dia memandu dalam keadaan pengaruh alkohol, pastu dia pulak takde duit nak bayar aku rm2000, so callman tu suggest mamat tu buat report polis keesokkan paginya, bagi dia dah clear sikit. Mamat mabuk tu pon tak boleh nak menolak dah pasal ramai sangat yang kerumun dia termasuk aku ngn member aku yg muka macam bonzer kelab dangdut tu. Terpaksa la dia setuju untuk buat report polis dan sign surat authorised bengkel tu dan bengkel tu pon tarik kereta dia masuk bengkel..So aku pon terus bawak kereta aku pelan2 pegi balai yang tak sampai pon 50 meter dari situ..kira dekat sangatlah..jalan kaki pon boleh.

Sampai aje kat balai polis, mamat callman tu tercegat jer kat sebelah aku time aku bagi keterangan kat polis ..details tentang kemalangan tu pon aku bagi..kalau ikutkan hati aku yang tengah panas, nak je aku bagitau polis tu 'encik, orang yang langgar saya tu mabuk encik, baik encik tangkap dia masukkan dalam lokap'..tapi memandangkan pesanan callman tu suruh aku coverline supaya dia dapat claim insuran tu, dah tu mamat tu pulak dok tercegat jer kat sebelah aku macam dah jadi abg aku..so, aku pon coverline lah. Kang payah pulak ceritanya..jenuh pulak korang nak baca. Lepas buat report, macam biasa polis tu suruh aku pegi jumpa sarjan, sarjan ni pulak suruh aku lukiskan draf kejadian accident tu macamana dengan lokasinya sekali..hmm..aku sound terus sarjan tu, 'tuan, saya ni tak pandai melukis sangat' kang aku salah lukis kang payah pulak, terlukis pulak orang lidi kang. Sarjan tu dengan muka selambanya dok diam sambil tengok komputer depan dia..aku pon lukis jelah ala kadar..

Akhir sekali, Sarjan tu tangkap gambar kereta aku kat bahagian yang rosak tu. Kalau nak cerita lagi kisah-kisah selepas tu memang agak panjang jugaklah, so aku pendekkan cerita, callman pun tariklah kereta aku ke bengkel dia yang agak jauh jugak tuh nuunn.. kat Pandan Mewah. Aku dan member aku tu pun dorang hantar sampai ke rumah aku. Lah...takdelah misteri sangat citer aku ni kan..tajuk tu nak kasi best jer..

PS: Cerita atas ni ialah kisah benar yang terjadi kat diri aku..bukan cobaan atau rekaan.

TAMAT KISAHNYA...TERIMA KASIH SEBAB SUDI MEMBACA.

kat sini aku nak bagi tips-tips ikut pengalaman aku nilah bila kereta korang kena langgar dari belakang macam aku..dah la tengah malam, hujan pulak tu.

1) Lihat sekeliling anda.
-  bila dah kena langgar tu, korang tengok dulu reaksi driver yang langgar kereta korang tu, pastu tengok sekeliling, ade tak orang yang mencurigakan. Dalam kes aku ni, memang takdelah. Kalau ada, sendiri mau ingatlah. Terus je pegi balai terdekat untuk keselamatan.

2) Tangkap gambar No. Pendaftaran kereta
- ha..yang ni paling penting, korang tangkap gambar No. Plate kereta yang langgar korang tu, kalau tak sempat keluar kamera, korang hafallah. Kalau takde, susah nak repot polis.

3) Buat keputusan Settle luar or Claim Insurans
- Kalau korang tau anggaran nilai kerosakan kereta korang tu, memang cantik, korang bincang dengan si pelanggar korang tu, sama ada dia nak settle luar atau repot polis. Kelebihan dia kalau settle luar ni, korang boleh jugak caj lebih sikit, jangan ingat aku nak ajar jahat, yelah gantirugi pasal 'hilang dara' satu hal, pastu menyusahkan korang lagi, nak deal dgn bengkel kereta tu lagi, rekod buruk kereta korang lagi pasal penah claim insurans, korang paham kan? Tapi kalau claim insurans memang dia akan cover kerosakan kereta jelah. Duit minyak korang ulang alik bengkel and kerugian yang lain dorang takkan cover.

4) Call Syarikat Insurans
- Call syarikat insurans kereta korang. Mesti ada simpanan nombor Syarikat insurans kereta kita. Dorang memang akan bantu korang, dalam kes ni, aku tak call pon sebab tengah marah sangat, jadi tak terpikir. lagipun ni 1st time aku kena langgar, sebelum ni aku langgar kereta orang..hihi. Tapi kalau korang settle luar and kereta korang boleh jalan lagi lepas accident tu, tak payahlah call.

5) Report Polis
- Report polis dalam masa 24 jam selepas kemalangan, kena cari balai polis yang paling hampir dengan lokasi kejadian. Itu ialah prosedur untuk claim insurans. Ini kalau korang tak settle luar.

6) Hantar kereta ke bengkel
- Hantar kereta ke bengkel, sama ada mintak tolong kenalan/callman, atau korang bawa sendiri ke bengkel yang korang percayai yang ada link dengan syarikat insurans yang akan di claim.

7) Selesai. 
- Tunggu jelah kereta korang siap. Dalam kes aku, kejap pulak bengkel ni buat, tak sampai seminggu, hari Selasa dah siap kereta aku.

Sekian.











No comments:

Post a Comment