Tuesday, 15 April 2014

MISTERI: BILA KERETA ANDA DILANGGAR DARI BELAKANG PART 1

Assalamualaikum kawan2..

Harini aku nak kongsikan pengalaman aku kat dalam blok ni. Ini ialah kisah benarr...bukan cobaan mcm cerita Pendekar Bujang Lapok P. Ramlee tu bahkan ini ialah kisah yang betul-betul terjadi iaitu telah terjadi ke atas diri aku sendiri.

Hari Jumaat 11 April 2014, aku macam biasalah nak releasekan tensen keje, tensen masalah, and macam-macam lagilah dengan pergi Jamming bersama kawan-kawan..selesai jamming, aku pon nak balik la ke rumah aku dengan sorang member aku ni yang mukanya agak ganasss...macam bonzer kelab dangdut pun ada, tapi dont judge a book by its cover..pasal dia sebenarnya pak lawak dan baik orangnya, senang cakap tak ganazz langsung la..

Okey, kitaorang biasa jamming di Jalan Bunga Raya dan dalam perjalanan nak balik ke rumah aku kat bangi tu, hujan memang turun agak lebat..time tu dalam pukul 1 pagi. Oleh kerana pengalaman memandu aku dalam lebih kurang 10 tahun, aku pon redah jelah hujan tu..yelah..naik kereta ye dak..kalau naik motor memang aku dah behenti bawah jambatan dah..tak kiralah pengalaman 60tahun bawak motor sekalipun..hujan lebat betul..

Nak dijadikan cerita, sampainya aku kat simpang di jalan sungai besi, yang nak menghala ke Mines tu, lepas je keluar Highway MRR2 yang dekat dengan balai polis n stesen komuter tu, trafik light bertukar merah dan aku pon macam biasalah berhenti..malas lah nak rushing tekan minyak pulak kan..so aku pon berhenti sambil layan lagu-lagu jamming yang kitorang rekod tadi and sembang-sembang. Aku kalau berhenti memang tabiat aku akan tengok cermin pandang belakang kereta untuk tengok kot-kotlah ada lembaga hitam ke, ape ke kat belakang kereta aku tu. Aku pun ternampak sebijik kereta yang laju, nampak macam nak sondol kereta aku..

Panggggg....!!!! rupa-rupanya memang dia sondol kereta aku betul-betul...aku ingatkan dia nak main-main...rupa-rupanya dia sondol betul-betul daaa...aku pon ape lagi...dengan hati yang panasss..pasal kereta aku tu kira senang cakap 'masih dara' la....tak pernah accident..aku beli baru kereta tu!! memang panasss jer hati aku ni..rasa nak pegi hentak jer mamat yang langgar tu!!, tiba-tiba aku terpikir..ni kes nak samun aku ke ni? tapi aku tengok, lepas dia dah langgar kereta aku tu, dia terus bawa kereta dia ke tepi jalan depan kereta aku..nampak macam dia sorang jer..

Nasib baiklah ade member aku sorang ni yang bermuka 'ganasss' dengan aku pagi tu, mungkin mamat yang langgar tu akan 'cuak' sikit..bisik aku dalam hati. Dalam kesejukan malam, ditambah pulak dengan hujan yang lebat, aku pun keluar kereta terus pegi tengok belakang kereta aku..adusss...kecewanya aku tengok bumper belakang aku tu abis kedalam..aku pon amik payung kat bonet n terus pegi bukak pintu kereta mamat tu..geramm betul aku tengok mamat tu...memang nampak kecikkkk jer mamat tu..walaupun aku ni sebenarnya bukan jenis suka marah orang, tapi time tu memang aku marah dia kaw2 lah..(ditemani oleh member aku yg bermuka ganas) sampai dia nak hulur aku RM200..aku taknak, pastu dia up lagi sampai RM400, nak beli bumper belakang aku yang original tu jer aku rasa dah lebih RM400, belum cat lagi, ketuk2 lagi..kalau dia bagi aku RM2000 mungkin aku boleh settle luar.

Aku pon amik keputusan utk suruh dia buat report and claim insurans dia..tapi dia macam taknak pulak buat polis repot, beria2 dia suruh settle luar..pastu macam biasalah bila lepas accident..datanglah mamat callman sorang ni..memang rezeki callman ni lah..callman ni pon slow talk la dengan mamat yang langgar kereta aku tu and suruh dia buat repot polis..katanya dia nak bantu aje..aku paham callman tu memang nak sangat suruh mamat tu claim insurans supaya dia boleh tarik kereta tu masuk bengkel dia..n dapat lah dia rezeki dengan syarikat insurans tu.

Tapi mamat yang langgar kereta aku tu beria-ria taknak repot polis..aku pon jadi pelik..pasal apa pulak mamat nih..kau dah takde duit, kau claim jelah insuran..bukan keluar duit kau pon..insurans yang bayor..

kalau korang nak tau sebab apa dia taknak repot polis and tips2 yang akan aku bagi bila korang kena mcm aku ni, nantikan sambungannya....hihihi...

TAMAT PART 1






No comments:

Post a Comment