Lama dah rasanya aku tak update blog ni..kalau bole expired, memang dah expired dah blog aku ni..macam jugaklah akaun bank, kalu lama sangat takda transaksi, silap2 bank hantar surat suruh tutup akaun. Nasib baik Google tak hantar surat suruh aku tutup blog ni. Tapi kali ni bukan tu yang aku nak sembangkan. Kali ni aku nak kongsi sikitlah pengalaman aku berkerja sebagai setiausaha lelaki yang rare ni dan juga kelebihan2 bekerja sebagai setiausaha..hihihi...
Ok..Kalau sebut pasal kerja sebagai setiausaha, kebanyakkan orang akan fikir, 'Oo..keje orang pompuan tu...', atau cmnih..' ape da lelaki keje setiausaha..dah takde keje lain ke ko..wakakakkaa' gelak besar dia habaq hang...and ade jugak situasi orang yang call pejabat aku, dialognya lebih kurang cmnih:
pemanggil: 'bole saya cakap dengan setiausaha Timbalan Dekan?'
Aku: 'ye encik, saya setiausahanya, ada yang saya boleh bantu?' dengan suara kelakian aku yang sememangnya lelaki sejati.
pemanggil: 'Ohh..setiausaha Timbalan Dekan lelaki ye..ada juga setiausaha lelaki ye..'
Aku: 'ye saya encik' dalam hati aku nak je aku ckp, 'encik ni nak kene lempang?'
lebih kurang macam tu lah ragamnya kalau setiausaha lelaki macam aku ni..kira kena sabar ajelah..
Cuma apa yang aku nak kongsikan kali ni ialah kelebihan-kelebihan bekerja sebagai setiausaha:
1) SENTIASA RASA DIPERLUKAN
Ha...bab ni memang aku suka..kebanyakkan boss yang dah pernah aku jaga, memang akan rasa menggelabah kalu aku amik cuti ke, tak datang kerja ke, sebab ape? sebab payah la dorang kalau setiausaha dorang takde, nak mintak idea nak buat surat ke, nak buat laporan ke, nak edit dokumen dlm microsof word ke, nak cari fail ke, nak mintak tolong buat keje urgent ke, dah..terpaksa la boss buat sorang2..so memang setiausaha sangat penting di mata boss2 besar..kalu boss2 kecik tu aku tak tau la..hihihi...
2) DAPAT BELAJAR CIRI2 PEMIMPIN ATAU BOSS YG BAIK
Yess...bab ni pon aku suka jugak..bila dah lama korang bekerja sebagai setiausaha, secara otomatiknya korang akan bekerja dengan bermacam2 boss...setiap boss yang kerja dengan korang mesti akan menunjukkan ciri2 leadershipnya yang tersendiri..so, boleh la korang teliti cara pentadbiran boss korang and buat perbandingan antara boss2 yang pernah korang jaga..mana yang paling
3) DAPAT RAMAI KENALAN
Boss korang pastinya seorang yang sangat penting dan ramai orang yang akan jumpa dia. So, dalam masa yang sama, bila dorang nak jumpa boss, mesti jumpa kita dulu kan, boleh la sembang-sembang dulu kalau boss tak ada tu..or untuk buat appointment..hihi..
4) DAPAT TRAVEL SAMA BOSS
Ha..bab yang ni aku tak tau la..pasal aku keje kat Universiti iaitu badan berkanun..kalu kat swasta, aku pasti memang boss dorang akan minta setiausaha dia ikut mana yang dia nak pergi...so, dapat la korang ikut sama kepada siapa2 yang suka travel tu..
Ok...setakat ni 4 benda ni jela yang dapat aku fikirkan kelebihan kerja sebagai setiausaha ni..rasanya ada banyak lagi kot..maklum la..aku ni pon baru lagi keje sebagai setiausaha..mana2 boss yang suka untuk mendapatkan setiausaha lelaki yang rare mcm aku ni..boleh la contact aku..hahhaha...gurau je...
ok guys..benda ni kira pendapat aku aje..mana2 yang korang rasa tak setuju tu, korang abaikan ajelah...takyah wt pening2 kepala...mungkin aku nak tulis keburukan menjadi setiausaha ni..tapi tak tau la bila aku nak tulis..busy manjang..
Sekian wassalam..
